Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 29 May 2012

Induksi @ Sekakap

Kursus induksi staf baru KPYPJ and Ama pregnant for 16 week da.... :)

Atas nasihat akak senior & pemegang title old timer, "u can enjoy the induksi if pergi masa preggy.."

Ama sebenarnya seorang yang suka aktiviti luar, just mention what.. abseiling, flying fox, rock climbing, night navigation, compass navigation etc.. kalau setakat kawad setengah jam, takde hal.. Masa kat Semsas, Ama ahli tegar Persatuan Bersantai Sepanjang Masa (PBSM) yang sentiasa bersantai walaupun kami sepatutnya berkawad setiap hari Rabu.. Kami syok je tengok PKBM kena train dengan askar kem Batu 10.. kami ambik teori kawad, jadi la.. Hehe..

Mak and Abah selalu plan setiap kali cuti sekolah, Ama adik beradik mesti dihantar ke kem2 motivasi.. Pengisian? of course untuk bina semangat..mental and fizikal.. ama rasa Ama cukup bertuah sebab dapat ruang untuk join aktiviti2 yang sihat waktu cuti sekolah.. kerap jugak pergi kem2 ibadah.. Ama ingat lagi lepas SPM, Ama boring sangat2 duduk rumah.. dah nak dekat keluar result, sempat lagi join Program Khidmat Sosial Negara.. punya la suka pergi outdoor activity.. Ama tak pernah berada dalam figura kurus..tapi alhamdulillah, Ama cukup sihat untuk buat semua aktiviti fizikal.. :)

Cerita tentang induksi, sebenarnya kursus ni kursus wajib untuk semua staf KPYPJ. penuh dengan slot aktiviti, dan yang pasti bertujuan memberi kami pendedahan tentang company. aktiviti fizikal untuk meningkatkan motivasi dan setiakawan.. Ama puji anjuran kursus ni sebab Ama dapat rasa Ama lebih bersemangat untuk kerja dan sikit sebanyak Ama faham kenapa company Ama ceni.. Tuuttt.. statement lain terpaksa di"delete" sebab dah sign akuan rahsia.. haha..

Ama agak ralat sebab Ama tak dapat buat semua aktiviti fizikal.. Kawad, Ama tak excuse walaupun satu hari.. kawan2 cari kepah, Ama ikut.. tapi lepak je tengok diorang dari jauh.. Aktiviti kompas, Ama tak join.. tapi Ama gi jemput diorang naik lori.. haha.. naik risau jurulatih tengok Ama.. tak macam orang mengandung.. Semua nak join..kalau perut ni comel, sah orang tak caye Ama ngandung.. Hehe..

Pesanan cik Abang, hari2 dan kerap kali.. jaga diri dan jangan lupa makan vitamin.. Sayang awak.. :))

Effect yang pasti, sunburn!!! bersyukur lah kalau tak gelap selepas lima hari berjemur di pantai Sekakap, Mersing.. Pantai kat sini sangat2 cantik.. burn pun burn lah.. asalkan dapat menghadap laut tiap pagi dan petang.. hehe..

Ama  share sikit gambar2 masa kat Pusat kecemerlangan dan pembangunan insan (PKPI) YPJ, Sekakap, Mersing..

Wajah2 ceria staf KPYPJ

Best group win!!! :)
Salam sayang dari Ama.. Recently, 16+ weeks mom-to-be... mood: happy lepas pening hilang buat silibus for proposal kolej vokasional.. :))


No comments:

Post a Comment