Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 5 March 2014

[RESEPI] Telur Bistik

Setiap kali makan kat kedai untuk tujuan makan bersungguh-sungguh, Mr Z mesti order telur bistik.
Ntah apa yang sedap dalam menu tu, Ama pun tak tahu..
Telurnya kah, kuahnya kah..
Kadang-kadang Ama tengok macam telur dimasak 3 rasa pun ada..
Kadang-kadang macam telur mata masak sos..
Tapi disebabkan Mr Z ala-ala suka makan, Ama pun cuba cari resepi..
Lubuk resepi yang sentiasa kena selam, haruslah www.tiffinbiru.com (DTS oleh Mat Gebu)
Tq ye share ilmu memasak, semoga dirahmati Allah selalu :-)

rsz_dsc_1447

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
  2. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  3. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  4. Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Friday 28 February 2014

Buku most wanted yo..

Cubaan menulis blog dengan handphone samsung s3 yang sebaya dengan umur Marissa..
hehe..
Ama pergi kedai buku hari tu.. temankan Angah beli yassin untuk jemputan majlis Mak dan Abah.. terpandang dua buku yang memikat hati.. terganggu juga fokus bila terpaksa mengejar cik Marissa yang non stop berlari di sekeliling kedai buku..
Ama tak sempat bc sinopsis, tp Ama rasa sangat rugi kalau terlepas baca dua coretan dari dua lelaki yang berbeza ini.. mereka berbeza..sangat berbeza..
namun mereka sama.. mereka sayangkan agama..
hidup mereka demi agama..
mana tahu ade rezeki tambah zuriat.. 
Ama harapkan anak lelaki..
mungkin dua buku ini boleh jadi pedoman..
TGNA

entah apa my PIL kata kalau nampak this book in my house.. hehe..

fenomena Ahmad Ammar

usiamu sungguh muda tatkala Tuhan menjemputmu pergi...

Hope dapat baca hingga ke akhirnya dan buku-buku ni tak cedera parah dikoyakkan cik Marissa.. hehe..

Thursday 27 February 2014

Ketawa lah Anakku

Marissa banyak ikut perangai Papa. Suka ketawa, suka senyum.
dan pagi ni on da way pergo school, Marissa ketawa sebab Papa ketawa.
Phone call (loudspeaker)
Mama: Papa nak tahu, Echa kan buli Mama pagi ni.
Papa: Buli ape?
Mama: Echa suruh Mama baca buku Pooh banyak kali.
Papa: [gelak]
Echa: [gelak]
Mama: Amboi, suka ye Echa. gelakkan Mama..
Papa: [gelak]
Echa: [gelak]
Mama: [gelak]
dalam hati, kamu sungguh comel Marissa.. :-)

Gambar Cik Echa dulu2..


Wednesday 15 January 2014

Mama (Part 2)

Dah lebih enam bulan since last entry..
Masa ama tulis Mama (part 1) rase nak share detail experience masa berpantang..
Tapi lepas Marissa da reach 7 months, Ama rase pengalaman tu pahit secubit, manis segantang.. haha.. ade ke pepatah tu.. so tak perlu la dikenang-kenang yang pahit.. takut pula memakan diri.. hehe.
Ama sangat happy bergelar "mama".. serius.. no word tu explain the experience..

Lapor diri Pegawai Sains (C41) @ UKM?

Bismillahirrahmanirrahim..

First time update blog guna handphone.. fuh..fuh.. harap berjaya post.

Memandangkan hari ni macam tak berapa nak ade keje, so baik update blog supaya tak tertinggal memori first week sebagai gomen servant..

Best? Tak best?

Syok? Tak syok?

Blended emotion.. serius..

Isnin (13/01/2014) - first day

Bergerak dari wangsa maju @ 7.10 pagi. Seperti yang dijangka, kesesakan lalu lintas dan cik zara marissa tak mahu duduk dalam car seat (penyakit dari JB lagi..). Sesi meletak echa atas riba berselang-seli dengan duduk atas bantal.. huh.

Sampai taska around 7.50 pagi. Then terus ke Bangi. Sampai Bangi dalam pukul 8.30 pagi. Oleh sebab ic mak abah tiada dalam simpanan, terpaksa minta ihsan kak natrah ppfg yang takla rapat sangat (huhu..) untuk tumpang mesin fax.. abah fax dari Jengka 24. Walaupun sangat poor quality, selamba je bagi kat pendaftar. En nizam tu pulak macam tak banyak songeh, so Ama pun diam je. Semua da settle kat Bangi. Next lapor diri kat Fakulti Sains Kesihatan, KL.

Sebelum gerak back to KL, lunch dengan Shima dan Kak Sad. Hmm.. no so warm as last pertemuan kami. Ama tak tahu mana silapnya.
 Cerita family tak berapa syok..
Ama dah kahwin, shima belum..
cerita kerja pun sama..
Ama dapat tetap, shima masih kontrak..
Tapi shima da lama servis dengan UKM.. dah dapat kumpul harta, dah dapat pergi umrah dengan pendapatan berkhidmat di UKM.. jika kita bersyukur, tentu lebih manis nikmat Allah beri. Dari dulu Ama selalu banding diri Ama dengan orang yang kurang daripada Ama. Niatnya cuma satu. Untuk bersyukur dengan apa yang Ama ada.

Sampai di fakulti kat sebelah HKL, Ama terus pergi pejabat dekan. Jumpa dengan kak Min, beritahu Ama nak jumpa dekan untuk lapor diri. Dekan pulak MC. So kak Min direct hantar Ama berjumpa dengan senior dalam perkhidmatan sains, Puan maimunah. Orangnya baik, sangat inspiring.. sedikit hint cara staf ukm bekerja, bercerita panjang tentang kpi, job spec.. Ama
dijangka akan bertukar tempat dengan kak ayus di ppsr..

Tipu kalau Ama cakap Ama tak takut terima job ni. Ada dua reason, first sebab Ama tak boleh bayangkan tugas seorang pegawai, kedua Ama sangat tak familiar dengan bidal medical sains macam audiologi, dietetik, fisioterapi dll.. Ama tak pernah belajar biologi.. never.. huhu.

14/01/2014 - cuti maulud nabi..

15/01/2014 - ktsn, jalan temerloh

Direct bos Ama will be Dr Sila. Jadi puan maimunah minta Ama jumpa Dr Sila dulu untuktahu job Ama yang sebenar-benarnya..

Part yang paling tak syok adalah pandangan tak best staf dan lecturer kat bys ni bila dengar ura-ura Ama akan gantikan kak ayus pegawai sains yang dah lama sangat2 kat sini dan buat kerja-kerja admin. Mereka senang sangat kerja dengan dengan kak ayus dan secara tak sengaja dah mengecilkan hati nurani Ama.. huhu

Ama cuma berharap Ama diterima baik.. huhu..