Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 29 May 2012

Induksi @ Sekakap

Kursus induksi staf baru KPYPJ and Ama pregnant for 16 week da.... :)

Atas nasihat akak senior & pemegang title old timer, "u can enjoy the induksi if pergi masa preggy.."

Ama sebenarnya seorang yang suka aktiviti luar, just mention what.. abseiling, flying fox, rock climbing, night navigation, compass navigation etc.. kalau setakat kawad setengah jam, takde hal.. Masa kat Semsas, Ama ahli tegar Persatuan Bersantai Sepanjang Masa (PBSM) yang sentiasa bersantai walaupun kami sepatutnya berkawad setiap hari Rabu.. Kami syok je tengok PKBM kena train dengan askar kem Batu 10.. kami ambik teori kawad, jadi la.. Hehe..

Mak and Abah selalu plan setiap kali cuti sekolah, Ama adik beradik mesti dihantar ke kem2 motivasi.. Pengisian? of course untuk bina semangat..mental and fizikal.. ama rasa Ama cukup bertuah sebab dapat ruang untuk join aktiviti2 yang sihat waktu cuti sekolah.. kerap jugak pergi kem2 ibadah.. Ama ingat lagi lepas SPM, Ama boring sangat2 duduk rumah.. dah nak dekat keluar result, sempat lagi join Program Khidmat Sosial Negara.. punya la suka pergi outdoor activity.. Ama tak pernah berada dalam figura kurus..tapi alhamdulillah, Ama cukup sihat untuk buat semua aktiviti fizikal.. :)

Cerita tentang induksi, sebenarnya kursus ni kursus wajib untuk semua staf KPYPJ. penuh dengan slot aktiviti, dan yang pasti bertujuan memberi kami pendedahan tentang company. aktiviti fizikal untuk meningkatkan motivasi dan setiakawan.. Ama puji anjuran kursus ni sebab Ama dapat rasa Ama lebih bersemangat untuk kerja dan sikit sebanyak Ama faham kenapa company Ama ceni.. Tuuttt.. statement lain terpaksa di"delete" sebab dah sign akuan rahsia.. haha..

Ama agak ralat sebab Ama tak dapat buat semua aktiviti fizikal.. Kawad, Ama tak excuse walaupun satu hari.. kawan2 cari kepah, Ama ikut.. tapi lepak je tengok diorang dari jauh.. Aktiviti kompas, Ama tak join.. tapi Ama gi jemput diorang naik lori.. haha.. naik risau jurulatih tengok Ama.. tak macam orang mengandung.. Semua nak join..kalau perut ni comel, sah orang tak caye Ama ngandung.. Hehe..

Pesanan cik Abang, hari2 dan kerap kali.. jaga diri dan jangan lupa makan vitamin.. Sayang awak.. :))

Effect yang pasti, sunburn!!! bersyukur lah kalau tak gelap selepas lima hari berjemur di pantai Sekakap, Mersing.. Pantai kat sini sangat2 cantik.. burn pun burn lah.. asalkan dapat menghadap laut tiap pagi dan petang.. hehe..

Ama  share sikit gambar2 masa kat Pusat kecemerlangan dan pembangunan insan (PKPI) YPJ, Sekakap, Mersing..

Wajah2 ceria staf KPYPJ

Best group win!!! :)
Salam sayang dari Ama.. Recently, 16+ weeks mom-to-be... mood: happy lepas pening hilang buat silibus for proposal kolej vokasional.. :))


Tuesday 8 May 2012

14th week & Jengka 24

Akhirnya, selepas lebih 2 bulan tak balik Pahang, dapat juga En Zaidi dan Ama sama ambil cuti and balik kampung.. Seronok sangat2 mak yung bila pak yung ajak balik.. First time Ama bawak baby comel dalam pewot balik kampung.. Walaupun dah lama tak balik, tapi Ama kerap juga jumpa mak abah.. Kat KLIA masa mak pergi umrah, kat Batu Pahat, and recently last week mak, abah, angah and adik wat surprise datang JB.. :))

Ama plan nak singgah kuantan, nak jumpa kak Zaza Din.. takleh panggil aunty sebab lum kawen, Zaza kata.. :p Ama belum bagitau en Zaidi sebenarnya.. malam tadi nak bagitau, tapi tak terbagitau sebab Ama lembik sangat, tak tau kenapa.. penat je rase badan ni.. tengah hari semalam me"round" Jusco Bukit Indah.. sebab tu kot. lepas en Zaidi urut n Ama muntah, Alhamdulillah ok.. :) Ama perasan, Ama ngada2 sangat masa ngandung.. nak perhatian lebih, nak kena urut sebelum tido.. Baby jangan ngada dah la.. manja takpe.. hehe..

Lagi satu plan best masa kat Pahang, Ama nak amik maternity photoshoot kat Tekam Plantation Resort.. nak mintak Akim atau Angah jadi photographer.. n Mak, Abah n Adik jadi pelakon tambahan.. tak lupa, papa baby tersayang en Zaidi.. :) walaupun perut Ama takla besar sangat, tapi rasa rugi pulak tak amik gambar kat PPPTR.. landskap kat situ cantik.. lagi best kalau amik kat kolam renang.. macam2 da Ama imagine.. nak pose  yang macam mane.. Hehe..

Hari ni Ama plan nak balik awal sikit, nak basuh baju yang dua bakul..nak lipat baju and of course packing baju masuk bag.. tak lupa, nak charge bateri camera kami yang baru.. Hehe..

Tumpang entry ni, Ama scan baby hari tu.. bukan twin, sorang je baby dalam pewot Ama.. Hehe.. dah naik overdose baca pasal twin pregnancy.. bila tahu pasal high risk etc, Ama cuak jugak kalau twin.. Alhamdulillah, baby sihat, comel, aktif.. kecik lagi and dah gerak2.. Nanti Ama nak scan lagi lepas ni, bila agak2 dah boleh check boy ke girl.. Senang nak beli barang2.. Hehe..

Last check up kat KK Tebrau, semua ok.. yang paling best berat Ama naik 300 g je dalam sebulan.. tak sia2 ikut cakap nurse makan nasi : ikan : sayur : buah dengan nisbah 1/4 : 1/4 : 1/4 : 1/4..and try avoid makan ayam.. Ama "kurang" makan ayam konon2..but still curi2 makan snack plate KFC and chicken mcdeluxe McD.. haha.. Mak pesan jaga pemakanan sebab takut overweight, over and over.. Baik mak, along menurut perintah.. :))

Semoga perjalanan Ama, en Zaidi dan si cute 14th week baby selamat, pergi dan balik...

JB via mersing, pekan, kuantan, temerloh and the destination, my hometown Jengka 24.. vroom slow2 with our Mr White Alza (pergh macam nama mat saleh..haha)




Thursday 3 May 2012

Oh My English :)

"Teacher, can you chop my letter?"

Ama, insan yang dilahirkan dengan Bahasa Melayu sebagai mother tongue.. bukan English, Arabic etc.
Ama teringat masa first day lapor diri kat Nirwana College.. dengan environment majoriti non-Malay staffs and students, Ama di"paksa" berbahasa inggeris.. Bila engkau memaksa, daku terpaksa..yang tak boleh pun jadi boleh.. Ama bukan tak boleh speaks in English, tapi Ama akui lebih selesa menggunakan bahasa ibunda..

Ama dibesarkan di sebuah kawasan perlancongan agro di Jerantut, Tekam Plantation Resort..dan ada sebuah pusat penyelidikan agro yang dinamakan Tun Razak Research Center. Kalau tanya masyarakat sekitar, confirm diorang tak tahu nama sebenar tempat ni.. tapi cuba sebut "ri-seh" atau "ri-ses", dengan sepantas kilat diorang bagi direction.. Hehe.. dari perkataan English "Research", tak tahu macam mane boleh jadi "ri-seh"(mungkin pengaruh loghat Pahang).. perkataan "ri-ses" pulak lazimnya disebut oleh individu yang ala2 educated.. Haha.. serius kelakar..

Masa Ama di UKM, study master by "research", Ama takde masalah menyebut perkataan "research" walaupun dari kecil, perkataan yang sama dibunyikan dengan bunyi yang berbeza.. dan sampai sekarang, bila menyebut nama tempat tu, Ama tetap setia menyebut "ri-ses" dengan bangganya.. bukan sebab Ama tak tahu English, bukan sengaja taknak pronounce dengan betul sepertimana yang diajar oleh guru kat sekolah, tapi Ama rasa sangat2 tak praktikal bila kita cuba do it correctly and at last kita still lost.. Hehe..