Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 March 2015

Ulang Tahun yang Ke-4~

Happy Anniversary, Abang!!!

1 April 2011-Nikah

Entry ni akan jadi agak panjang. sebab tu Ama pilih nak update blog, takmo tulis dalam fb.. :-) Cerita ni tak sedih pun, mungkin ada yang mempunyai cerita yang sama..

Tarikh nikah, kita decide lepas pinangan diterima. Memang selepas itu, bukan masa majlis bertunang. Mak Abang cakap ikat je dua tahun. Dan takdirNya, kita nikah 5 bulan lepas bertunang. Dah tertulis begitu agaknya.


Selepas nikah & majlis, Abang kat Johor & Ayang kat KL. Dengan izin, Ayang minta Abang bagi Ayang masa, sebelum Ayang lepaskan karier yang Ayang cintai sebelum Ayang kenal Abang lagi. Kita jumpa only on weekend for about 2 bulan. Yang paling Ayang tak lupa, kita plan jumpa kat Melaka hari Khamis. Tengah2 kononnya. Punya la nak adil, jumpa kat RnR Ayer Keroh & overnight kat hotel R&R. Memang kerja gila. Habis kerja dah la pukul 6. Boleh pulak drive to Melaka. Pagi2 lepas Subuh terus gerak balik KL, terus masuk office. Mujur masuk kerja pukul 9. Itu pertama kali & of course the last, kita plan jumpa on weekday.


Next kerja gila sepanjang tahun pertama kahwin, berhenti kerja tanpa ada offer kerja baru. So duduk je kat rumah, goyang kaki with no income. Abang tak pernah janji nak bagi elaun RM ribu riban pun, tapi Ayang tetap juga nak berhenti. Memang kerja gila. Masa tu Ayang belajar sesuatu. Berbelanja ikut kemampuan suami. Itu pelajaran paling besar dalam hidup Ayang. Kalau dalam tangan Ayang ada RM10, pandai-pandai la Ayang beli lauk kat kedai runcit. Dapat ikan, ikan la. Dapat ayam, ayam la. Masa tu kita belum mampu beli peti sejuk. Ayang ingat lagi. Alat elektrik pertama yang kita beli, mesin basuh. Sebab Abang cakap, kesian Ayang basuh baju seluar Abang pakai tangan. Abang keje site, baju seluar Abang sangat kotor. Mesin basuh tu pun kita hutang kedai. Masin basuh semi-auto, letak kat belakang rumah. Lepas dah habis hutang mesin basuh baru kita beli peti sejuk satu pintu. Sebab kita suka sangat kereta Mitsubishi Lancer masa tu, peti sejuk kita beli jenama Mitsubishi. Ayang suka peti sejuk tu sebab warna hitam. Kat rumah kita ada TV, Ayang beli dengan kawan-kawan serumah masa bujang RM50. TV tu sebenarnya rosak plug je, tapi diorang cakap tak mahu pakai. Ayang ambil, tukar plug kat kedai elektrik & bagi saguhati kat kawan-kawan RM50. Tapi kita tak dapat tengok TV sebab takde antenna, ASTRO apatah lagi. Masa tu kita tak kisah pun tak tengok TV. Masing-masing sangat faham konsep keperluan dan kehendak. Kalau orang tengok keadaan kami, mesti rasa kesian. Tapi, kami tak rasa sedih pun. Kami OK je. Bahagia je. Lama juga stay kat Benut, sampailah Ayang dapat kerja kat JB dan Abang tukar ke Nusajaya, kita pindah ke Mount Austin. 

Selepas 10 bulan berdua, Ayang mengandungkan Marissa. Alhamdulillah. Kalau tulis pasal Marissa, memang tak habis.. Yang Ayang masih ingat, Abang jaga sangat Ayang sepanjang mengandung. Terlalu risaukan Ayang sampai selalu marah-marah. Masa tu Ayang tahu, Ayang kena pandai jaga diri kalau taknak kena marah. Kerja gila yang Ayang buat masa mengandungkan Marissa, drive pergi site Abang malam-malam. stay sampai Abang habis kerja. Pukul 3 pagi, sampai 3 pagi la tidur dalam kereta. Lepas tu balik, Abang drive. Esok pagi2 hantar Abang kat site, baru pergi kerja. Mount Austin to Nusajaya then to Bandaraya JB, bukan dekat. We are happy, we bahagia macam tu.

Masa melahirkan Marissa, of course Abang orang yang paling risau. Angah cakap, "Tak pernah tengok Abang Long sekusut macam ni."

Tahun kedua, kita dah ada Marissa. Ayang mengaku, Abang sangat-sangat helpful. Abang ingat apa barang-barang yang Ayang bawa pergi kerja setiap hari. Apa barang-barang Marissa ke nursery. Kita susun life kita baik-baik lepas ada baby. And you play your role, Abang. Masa Abang dapat offer IJM Land, Ayang orang yang paling gembira. Bukan sebab gaji, tapi sebab Ayang tahu kemampuan Abang. Abang kena move on, beri peluang kepada diri sendiri untuk develop. Jangan takut kerja dengan bukan bangsa kita. Ayang tahu kemampuan Abang. 

Hujung 2013, Ayang dapat offer di UKM, Kampus Kuala Lumpur. Abang happy sangat. Ayang pulak menangis tak sudah-sudah sebab tak sanggup nak berpisah dengan Abang. Dan juga kesiankan Marissa, dapat jumpa Abang on weekend je. Abang sayangkan karier Abang dengan IJM, dan Ayang dapat offer yang lebih baik di Kuala Lumpur. Berjumpa only on weekend lebih pedih bila dah ada Marissa.

Kita teruskan kerja gila  bila Abang tak miss sekali pun naik bas dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur setiap petang Sabtu dan balik semula ke Johor Ahad malam. Yang lagi gila bila Ayang jemput Abang pukul 4 pagi kat TBS dengan mengangkut Marissa sekali. Ayang tak pernah rasa terbeban buat semua itu. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab pengorbanan Abang untuk Ayang & anak lebih besar dari itu.

Madihah hadir dalam rahim Ayang masa Abang masih di Sebana. Alhamdulillah kesihatan Ayang baik-baik je walaupun diselangi dengan beberapa perkara yang tidak kita ingini. Ayang disahkan ada fibroid dan baby suspected lateral ventrical. Syukur Ya Allah, fibroid mengecil dan baby sihat-sihat je. Dua minggu sebelum Madihah dilahirkan, Abang lapor diri di KL. Terlalu tinggi kesyukuran Ayang atas nikmat Allah melalui rezeki yang diberi. 

Hari ini, kita masih bergaduh tentang banyak perkara. Kita masih berbual macam bertengkar. Abang masih lagi pelawak tegar. Ayang masih selalu jadi bahan Abang. Abang masih rajin kemas rumah macam dulu. Ayang masih ada Abang sebagai pelindung Ayang. Abang masih seorang yang sabar dengan karenah Ayang. Ayang masih tak dapat menjangka respon Abang pada soalan-soalan Ayang. 

Terlalu banyak yang Ayang belajar tentang hidup dari hubungan ini. Banyak yang Ayang kongsi, banyak lagi di dalam diri dan di dalam hati. Semoga Abang & Ayang kekal sehingga ke akhir hayat. Kalau ajal Ayang sampai dulu, Abang jagalah anak2 semampunya. Kalau tak mampu, berilah pada yang berhak. 

.:Ayang:.

Wednesday 5 March 2014

[RESEPI] Telur Bistik

Setiap kali makan kat kedai untuk tujuan makan bersungguh-sungguh, Mr Z mesti order telur bistik.
Ntah apa yang sedap dalam menu tu, Ama pun tak tahu..
Telurnya kah, kuahnya kah..
Kadang-kadang Ama tengok macam telur dimasak 3 rasa pun ada..
Kadang-kadang macam telur mata masak sos..
Tapi disebabkan Mr Z ala-ala suka makan, Ama pun cuba cari resepi..
Lubuk resepi yang sentiasa kena selam, haruslah www.tiffinbiru.com (DTS oleh Mat Gebu)
Tq ye share ilmu memasak, semoga dirahmati Allah selalu :-)

rsz_dsc_1447

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
  2. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  3. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  4. Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Friday 28 February 2014

Buku most wanted yo..

Cubaan menulis blog dengan handphone samsung s3 yang sebaya dengan umur Marissa..
hehe..
Ama pergi kedai buku hari tu.. temankan Angah beli yassin untuk jemputan majlis Mak dan Abah.. terpandang dua buku yang memikat hati.. terganggu juga fokus bila terpaksa mengejar cik Marissa yang non stop berlari di sekeliling kedai buku..
Ama tak sempat bc sinopsis, tp Ama rasa sangat rugi kalau terlepas baca dua coretan dari dua lelaki yang berbeza ini.. mereka berbeza..sangat berbeza..
namun mereka sama.. mereka sayangkan agama..
hidup mereka demi agama..
mana tahu ade rezeki tambah zuriat.. 
Ama harapkan anak lelaki..
mungkin dua buku ini boleh jadi pedoman..
TGNA

entah apa my PIL kata kalau nampak this book in my house.. hehe..

fenomena Ahmad Ammar

usiamu sungguh muda tatkala Tuhan menjemputmu pergi...

Hope dapat baca hingga ke akhirnya dan buku-buku ni tak cedera parah dikoyakkan cik Marissa.. hehe..

Thursday 27 February 2014

Ketawa lah Anakku

Marissa banyak ikut perangai Papa. Suka ketawa, suka senyum.
dan pagi ni on da way pergo school, Marissa ketawa sebab Papa ketawa.
Phone call (loudspeaker)
Mama: Papa nak tahu, Echa kan buli Mama pagi ni.
Papa: Buli ape?
Mama: Echa suruh Mama baca buku Pooh banyak kali.
Papa: [gelak]
Echa: [gelak]
Mama: Amboi, suka ye Echa. gelakkan Mama..
Papa: [gelak]
Echa: [gelak]
Mama: [gelak]
dalam hati, kamu sungguh comel Marissa.. :-)

Gambar Cik Echa dulu2..


Wednesday 15 January 2014

Mama (Part 2)

Dah lebih enam bulan since last entry..
Masa ama tulis Mama (part 1) rase nak share detail experience masa berpantang..
Tapi lepas Marissa da reach 7 months, Ama rase pengalaman tu pahit secubit, manis segantang.. haha.. ade ke pepatah tu.. so tak perlu la dikenang-kenang yang pahit.. takut pula memakan diri.. hehe.
Ama sangat happy bergelar "mama".. serius.. no word tu explain the experience..

Lapor diri Pegawai Sains (C41) @ UKM?

Bismillahirrahmanirrahim..

First time update blog guna handphone.. fuh..fuh.. harap berjaya post.

Memandangkan hari ni macam tak berapa nak ade keje, so baik update blog supaya tak tertinggal memori first week sebagai gomen servant..

Best? Tak best?

Syok? Tak syok?

Blended emotion.. serius..

Isnin (13/01/2014) - first day

Bergerak dari wangsa maju @ 7.10 pagi. Seperti yang dijangka, kesesakan lalu lintas dan cik zara marissa tak mahu duduk dalam car seat (penyakit dari JB lagi..). Sesi meletak echa atas riba berselang-seli dengan duduk atas bantal.. huh.

Sampai taska around 7.50 pagi. Then terus ke Bangi. Sampai Bangi dalam pukul 8.30 pagi. Oleh sebab ic mak abah tiada dalam simpanan, terpaksa minta ihsan kak natrah ppfg yang takla rapat sangat (huhu..) untuk tumpang mesin fax.. abah fax dari Jengka 24. Walaupun sangat poor quality, selamba je bagi kat pendaftar. En nizam tu pulak macam tak banyak songeh, so Ama pun diam je. Semua da settle kat Bangi. Next lapor diri kat Fakulti Sains Kesihatan, KL.

Sebelum gerak back to KL, lunch dengan Shima dan Kak Sad. Hmm.. no so warm as last pertemuan kami. Ama tak tahu mana silapnya.
 Cerita family tak berapa syok..
Ama dah kahwin, shima belum..
cerita kerja pun sama..
Ama dapat tetap, shima masih kontrak..
Tapi shima da lama servis dengan UKM.. dah dapat kumpul harta, dah dapat pergi umrah dengan pendapatan berkhidmat di UKM.. jika kita bersyukur, tentu lebih manis nikmat Allah beri. Dari dulu Ama selalu banding diri Ama dengan orang yang kurang daripada Ama. Niatnya cuma satu. Untuk bersyukur dengan apa yang Ama ada.

Sampai di fakulti kat sebelah HKL, Ama terus pergi pejabat dekan. Jumpa dengan kak Min, beritahu Ama nak jumpa dekan untuk lapor diri. Dekan pulak MC. So kak Min direct hantar Ama berjumpa dengan senior dalam perkhidmatan sains, Puan maimunah. Orangnya baik, sangat inspiring.. sedikit hint cara staf ukm bekerja, bercerita panjang tentang kpi, job spec.. Ama
dijangka akan bertukar tempat dengan kak ayus di ppsr..

Tipu kalau Ama cakap Ama tak takut terima job ni. Ada dua reason, first sebab Ama tak boleh bayangkan tugas seorang pegawai, kedua Ama sangat tak familiar dengan bidal medical sains macam audiologi, dietetik, fisioterapi dll.. Ama tak pernah belajar biologi.. never.. huhu.

14/01/2014 - cuti maulud nabi..

15/01/2014 - ktsn, jalan temerloh

Direct bos Ama will be Dr Sila. Jadi puan maimunah minta Ama jumpa Dr Sila dulu untuktahu job Ama yang sebenar-benarnya..

Part yang paling tak syok adalah pandangan tak best staf dan lecturer kat bys ni bila dengar ura-ura Ama akan gantikan kak ayus pegawai sains yang dah lama sangat2 kat sini dan buat kerja-kerja admin. Mereka senang sangat kerja dengan dengan kak ayus dan secara tak sengaja dah mengecilkan hati nurani Ama.. huhu

Ama cuma berharap Ama diterima baik.. huhu..

Thursday 20 December 2012

Mama (Part 1)

Assalamualaikum..

First entry with the new title atas bahu.. MAMA.. :-)

Sebelum Ama start tulis panjang2 dalam post ni..nak bagi tau u alls, 44 days pantang da tamat.. haha.. nak tulis waktu dalam pantang takut kena angin mer***n, sebab banyak sangat yang tersentuh di runtun qalbu. hehe.. Sampai sekarang, Ama tak tahu sama ada encik husband kesayangan Ama baca tak entry2 dalam blog ni.. Harap2 tak.. Haha..

Part 1: Bersalin @ HSI

Ama admitted dalam ward kat HSI dengan paksa rela petang 31 Oktober 2012..the only reason sebab kencing manis waktu pregnant..xleh overdue yang ikut calculation and estimated due date dari ultrasound keesokan harinya, 1 November 2012. Perancangan manusia.. perancangan Allah lebih pasti.. Baby lahir 3 November 2012 @ 11.59 malam..

1-11-2012: Doc masuk ubat induce bersalin pagi, dalam pukul 9 pagi lepas buat ultrasound..placenta ok, kepala baby just engage, bahu baby tak besar sangat so boleh deliver normal, berat bay estimate 3.6-3.7 kg.. semalam masa VE sebelum admit ward baru 1 cm buka.. Ama dah prepare mentally masuk ubat mesti sakit.. Mak Tam kata sakit, Haidar pun kata sakit.. and my experience, sakit yang boleh tahan..walaupun lencun kain pink hospital dengan darah.. balik ward, Ama mandi and pakai maternity pad.. darah berkurang and stop lepas tu.. no worries.. sakit? sampai petang tak sakit.. En husband, mak, in laws datang melawat keep on tanya da sakit ke.. Ama just geleng kepala.. Siap pesan kat encik husband, tolong doa Ama rasa sakit.. Seingat Ama doc wat VE dua kali hari ni and the result only 2 cm, no contraction.. sakit bersalin tu macam mana ye.. i've no idea.. The best thing ever, mak naik train dari Pahang.. U are my Power Ranger, Mak.. So en husband, jangan pelik ye kenapa saya ni Power Ranger kamu..sebab saya anak Mak saya.. Hehe..

2-11-2012: Doc plan masuk ubat kedua today.. VE still the same, 2 cm.. Mak Tam dah pesan, kena prepare for operation kalau still takde progress.. Ama redha.. Bagus juga bila Mak Tam ada..at least ada yang guide Ama what they will do to me next. Macam biasa, tiap kali waktu melawat, Mak and en husband tak miss tengok Ama and sometimes sanggup kena marah dengan security sebab nak jugak jumpa Ama for any reason.. nak bagi breakfast la, nak hantar barang la, nak bagi charger la, mak baru sampai la etc.. Ama faham procedure hospital kerajaan untuk waktu melawat.. and for today still no progress.. 2 cm only.. this thing Ama dapat tahu lepas da bersalin, my MIL tanya en husband ada tutup lubang or Ama ada buat anyone marah sampai susah nak bersalin and tak buka2.. Ujian ni bukan saja untuk Ama, tapi untuk orang sekeliling juga.. sejauh mana kita percaya pada qada' and qadar, and kita redha pada ketentuanNya. Usaha kita bila kita serahkan pada doc and nurse do their works and tawakal kita pada yang Esa.. doa and taubat Ama tak putus sepanjang masa kat ward. Ama anggap semua ni penghapus dosa2 kecil Ama.. what ever reason ia berlaku, Allah lebih tahu why.. We as hamba tak boleh lari dari landasan yang digaris oleh Quran and Sunnah.. Wallahulam.. Thanks to my mum yang tak henti2 buat solat hajat..en husband juga..

3-11-2012: Doc pakar check, Ama still takde contraction cuma pagi around dua pagi, Ama demam..mild fever.. nurse bagi panadol, pukul 4 pagi Ama da ok.. Hari ni VE tak banyak progress, 4 cm lepas doc tolong.. sebab bleeding yang sangat banyak, doc terus hantar Ama pergi labour room lepas minum pagi.. En husband tolong kemas barang2 Ama.. dalam mind, dah kena bersalin ni rasanya.. hehe..Doc pecahkan ketuban around pukul 1 tengah hari lepas doc pelatih wat line kat tangan Ama.. wat line sambil sembang2, doc tu silap wat.. hmm..nak marah pun ade.. semalam Ama terdengar nurse ngumpat doc tu.. dalam hati, patut la diorang cakap doc tu cakap je nak perfect semua benda, tapi keje tak perfect pun.. yang jadi mangsa, of course me myself.. Huhu.. ama terfikir something, baik aku ampunkan je doc ni.. kalau aku berdendam, baik2 ade kencing manis je, tak pasal2 tambah high blood pressure.. haha.. bila doc to say sorry, ama cakap it's ok.. siap boleh lempar senyuman lagi.. En husband seperti yang dijanjikan temankan Ama..tapi pegang tangan pun tak.. takut katanya.. Doc masukkan ubat juga masa kat labour room sebab takde contraction.. pinggang Ama sakit, Ama minta tolong en husband urut.. dia urut tak rasa langsung, macam sapu je.. Ama request kuat sikit pun tak rasa.. Dia takut betul.. hehe.. Ama boleh senyum lagi masa dalam labour room.. Bila doc tambah ubat over maximum, Ama rasa sangat sakit tapi still tak buka juga.. bila doc check, doc suspect uri kat bawah sebab masa pecah ketuban ada placenta and banyak sangat bleeding.. huhu.. Dalam pukul 10 malam doc decide nak operate..lepas around 10 jam Ama dalam labour room.. Ama redha.. tak sampai 5 minit nurse siapkan Ama.. pakai baju OT, masukkan tiub kencing n ntah wat pe lagi, Ama pun dah tak ingat.. tau2 da ready nak kena tolak gi OT.. on da way gi OT, dua orang nurse bawak.. En husband ntah kat mane.. dah sampai bilik OT baru nampak en husband.. cakap lebih kurang, Ama kena sorong masuk OT.. Lepas semua prosedur bius, Ama kena sorong kat dalam bilik operation yang sangat2 sejuk, macam peti ais.. semua pakai mask, serius macam dalam drama.. hehe.. Ama jadi sangat2 patuh.. suruh la buat ape pun, Ama buat.. Ama operate, Ama sedar.. cuma Ama cuba kurangkan fokus pada operation, tak putus2 doa dan zikir..mohon selamat semuanya.. bila dengar suara baby, Ama rasa lega sangat2.. tetiba Ama rasa something masuk dalam tangan kanan Ama via line.. Ama nampak doc yang bius Ama kat luar tadi duk standby, Ama pejam mata sebab rasa tak larat sangat.. Rupanya masa tu blood pressure Ama drop and dengar doc cakap patut la tak boleh bersalin normal.. Placenta Ama aneh.. Ada macam pulau placenta kecik je block kat bawah.. placenta besar elok duduk kat atas.. dua2 placenta bersambung.. Dalam pada tu, nurse bawak baby bagi Ama tengok.. Sekilas tengok dia, dalam hati rasa nak nangis.. Alhamdulillah..Masa kena sorong keluar dari bilik bedah, Ama belum boleh terus masuk ward sebab lost banyak darah..  Ama nampak kelibat en husband and mak.. diorang letak baby kat kaki Ama.. Ama lost banyak moment masa ni sebenarnya.. dari cerita mak, en husband sangat takut nak dukung baby for the first time.. azan pun tak pegang.. tunduk kat telinga baby and baby kat katil dia.. ape da.. hehe.. yang tak bleh tahan cerita mak, en husband nangis sungguh2 lepas Ama selamat lahirkan baby..and Ama? tak nangis pun.. nanti Ama cerita bila Ama nangis.. hehe.. 



4-11-2012: Ama minta nurse cabut tiub kencing..sebab sangat2 tak selesa..terutama masa nak susukan baby.. huhu.. nurse tunggu sampai da lebih 12 jam baru cabut.. yes3.. hehe.. petang tu ramai sangat melawat Ama.. En husband, Mak, Abah, Mak Tam, Angah, Akim, Adik, MIL, FIL, kak uda, mak oteh, pak oteh n anak2 diorang.. kalau ada anugerah patient paling ramai pelawat, mesti Ama dan baby dapat hamper.. hehe.. Ama rasa sihat and of course happy bila tengok orang2 tersayang happy tengok baby.. Alhamdulillah si kecil ni bawa kegembiraan dan rasa penuh kesyukuran di hati orang sekeliling Ama..



5-11-2012: En husband da start keje hari ni.. Abah n Angah dah balik semalam naik train.. Mak, Akim n Adik setia lawat Ama masa melawat tengah hari. En husband sampai lewat sikit.. Lepas waktu melawat tengah hari, Mak, Akim n Adik balik Pahang.. Akak2 ofis pun datang melawat.. Sesi melawat petang takde siapa pun lawat Ama.. Ama pindah dari wad biasa ke wad kelas dua.. lepas operation diorang letak Ama kat wad biasa sebab wad tu kat luar..senang nak pindahkan Ama kalau ada pape jadi.. Masa lepas operation, badan n muka Ama bengkak2 sebab elergi 2nd bag darah..and diorang stop blood tranfusion.. masa kat wad, diorang takut ada complication, so standby Ama kat luar.. ni nurse yang cakap.. jauh di sudut hati mula2 Ama tak selesa duduk kat wad biasa.. bising, panas, patient yang macam2.. tapi bila dah sehari semalam, Ama tengok patient wad biasa lagi survive, imune dengan nurse yang garang.. bila sampai meal minum pagi and supper, patient wad biasa takde meal.. Ama rasa lain bila diorang tengok je Ama dapat "something".. Meal breakfast, lunch n dinner pun lain.. hmm.. bukan kasta, tapi value of your money.. macam mana cantik pun meal Ama, tetap jugak tawar.. tag meal "soft diabetic".. Dalam wad kelas dua sebelah petang, situasinya lebih tenang..katil 4, ada dua katil kosong.. tandas sebelah katil Ama je.. Baby tido sangat2 lena.. mungkin dah tak bising dan tak panas. bilik ada aircond.. baby pun pandai demand, bukan kita je.. hehe..dah malam baru en husband datang bertandang.. entah apa ditipunya security, dapat naik wad.. hehe.. lama juga en husband temankan.. balik rumah pun sorang2.. kalau boleh tido wad, memang tak balik rasenya..

6-11-2012: Ama sangat2 harap Ama dapat balik hari ni.. Alhamdulillah, takde apa2 yang dirisaukan lagi.. Ama n baby boleh balik.. Doc pun dah buka tape kat luka operation.. Ama dah get ready dengan baju cantik lepas doc round wad and bagitau boleh balik. Tak mau da pakai uniform pink hospital.. hehe.. 7 hari kat wad bukan pengalaman yang best pun.. Ama tak pernah sakit sampai warded, tak pernah operation.. pengalaman bersalin kali pertama betul-betul beri Ama pelajaran hidup yang baru.. En husband, FIL, kak uda n mak kak uda jemput Ama hari ni..terus balik Waha.. Berpantang kat rumah mertua 3 minggu and then baru balik Pahang..this is apa yang kami berdua rancang awal lagi.. Ama dah buat Mak Abah faham, and try to make MIL and FIL pun faham.. Tabah ke Ama, berpantang di rumah mertua? tunggu Mama (Part 2), nanti Ama cerita.. :-)

p/s istilah medical yang digunakan dalam entry mungkin tak tepat sebab i don't have medical background..pernah teringin nak jadi doc suatu masa dulu, tapi sedar tak minat biologi sejak form 1.. lepas lahirkan baby, 7 hari dalam wad, Ama harap anak sulung Ama jadi doc.. Mama janji, kalau baby minta mainan doktor, yang murah Mama akan belikan.. Kalau mahal, minta dengan Papa.. haha..