1 April 2011-Nikah
Entry ni akan jadi agak panjang. sebab tu Ama pilih nak update blog, takmo tulis dalam fb.. :-) Cerita ni tak sedih pun, mungkin ada yang mempunyai cerita yang sama..
Tarikh nikah, kita decide lepas pinangan diterima. Memang selepas itu, bukan masa majlis bertunang. Mak Abang cakap ikat je dua tahun. Dan takdirNya, kita nikah 5 bulan lepas bertunang. Dah tertulis begitu agaknya.
Selepas nikah & majlis, Abang kat Johor & Ayang kat KL. Dengan izin, Ayang minta Abang bagi Ayang masa, sebelum Ayang lepaskan karier yang Ayang cintai sebelum Ayang kenal Abang lagi. Kita jumpa only on weekend for about 2 bulan. Yang paling Ayang tak lupa, kita plan jumpa kat Melaka hari Khamis. Tengah2 kononnya. Punya la nak adil, jumpa kat RnR Ayer Keroh & overnight kat hotel R&R. Memang kerja gila. Habis kerja dah la pukul 6. Boleh pulak drive to Melaka. Pagi2 lepas Subuh terus gerak balik KL, terus masuk office. Mujur masuk kerja pukul 9. Itu pertama kali & of course the last, kita plan jumpa on weekday.
Next kerja gila sepanjang tahun pertama kahwin, berhenti kerja tanpa ada offer kerja baru. So duduk je kat rumah, goyang kaki with no income. Abang tak pernah janji nak bagi elaun RM ribu riban pun, tapi Ayang tetap juga nak berhenti. Memang kerja gila. Masa tu Ayang belajar sesuatu. Berbelanja ikut kemampuan suami. Itu pelajaran paling besar dalam hidup Ayang. Kalau dalam tangan Ayang ada RM10, pandai-pandai la Ayang beli lauk kat kedai runcit. Dapat ikan, ikan la. Dapat ayam, ayam la. Masa tu kita belum mampu beli peti sejuk. Ayang ingat lagi. Alat elektrik pertama yang kita beli, mesin basuh. Sebab Abang cakap, kesian Ayang basuh baju seluar Abang pakai tangan. Abang keje site, baju seluar Abang sangat kotor. Mesin basuh tu pun kita hutang kedai. Masin basuh semi-auto, letak kat belakang rumah. Lepas dah habis hutang mesin basuh baru kita beli peti sejuk satu pintu. Sebab kita suka sangat kereta Mitsubishi Lancer masa tu, peti sejuk kita beli jenama Mitsubishi. Ayang suka peti sejuk tu sebab warna hitam. Kat rumah kita ada TV, Ayang beli dengan kawan-kawan serumah masa bujang RM50. TV tu sebenarnya rosak plug je, tapi diorang cakap tak mahu pakai. Ayang ambil, tukar plug kat kedai elektrik & bagi saguhati kat kawan-kawan RM50. Tapi kita tak dapat tengok TV sebab takde antenna, ASTRO apatah lagi. Masa tu kita tak kisah pun tak tengok TV. Masing-masing sangat faham konsep keperluan dan kehendak. Kalau orang tengok keadaan kami, mesti rasa kesian. Tapi, kami tak rasa sedih pun. Kami OK je. Bahagia je. Lama juga stay kat Benut, sampailah Ayang dapat kerja kat JB dan Abang tukar ke Nusajaya, kita pindah ke Mount Austin.
Selepas 10 bulan berdua, Ayang mengandungkan Marissa. Alhamdulillah. Kalau tulis pasal Marissa, memang tak habis.. Yang Ayang masih ingat, Abang jaga sangat Ayang sepanjang mengandung. Terlalu risaukan Ayang sampai selalu marah-marah. Masa tu Ayang tahu, Ayang kena pandai jaga diri kalau taknak kena marah. Kerja gila yang Ayang buat masa mengandungkan Marissa, drive pergi site Abang malam-malam. stay sampai Abang habis kerja. Pukul 3 pagi, sampai 3 pagi la tidur dalam kereta. Lepas tu balik, Abang drive. Esok pagi2 hantar Abang kat site, baru pergi kerja. Mount Austin to Nusajaya then to Bandaraya JB, bukan dekat. We are happy, we bahagia macam tu.
Masa melahirkan Marissa, of course Abang orang yang paling risau. Angah cakap, "Tak pernah tengok Abang Long sekusut macam ni."
Tahun kedua, kita dah ada Marissa. Ayang mengaku, Abang sangat-sangat helpful. Abang ingat apa barang-barang yang Ayang bawa pergi kerja setiap hari. Apa barang-barang Marissa ke nursery. Kita susun life kita baik-baik lepas ada baby. And you play your role, Abang. Masa Abang dapat offer IJM Land, Ayang orang yang paling gembira. Bukan sebab gaji, tapi sebab Ayang tahu kemampuan Abang. Abang kena move on, beri peluang kepada diri sendiri untuk develop. Jangan takut kerja dengan bukan bangsa kita. Ayang tahu kemampuan Abang.
Hujung 2013, Ayang dapat offer di UKM, Kampus Kuala Lumpur. Abang happy sangat. Ayang pulak menangis tak sudah-sudah sebab tak sanggup nak berpisah dengan Abang. Dan juga kesiankan Marissa, dapat jumpa Abang on weekend je. Abang sayangkan karier Abang dengan IJM, dan Ayang dapat offer yang lebih baik di Kuala Lumpur. Berjumpa only on weekend lebih pedih bila dah ada Marissa.
Kita teruskan kerja gila bila Abang tak miss sekali pun naik bas dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur setiap petang Sabtu dan balik semula ke Johor Ahad malam. Yang lagi gila bila Ayang jemput Abang pukul 4 pagi kat TBS dengan mengangkut Marissa sekali. Ayang tak pernah rasa terbeban buat semua itu. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab pengorbanan Abang untuk Ayang & anak lebih besar dari itu.
Madihah hadir dalam rahim Ayang masa Abang masih di Sebana. Alhamdulillah kesihatan Ayang baik-baik je walaupun diselangi dengan beberapa perkara yang tidak kita ingini. Ayang disahkan ada fibroid dan baby suspected lateral ventrical. Syukur Ya Allah, fibroid mengecil dan baby sihat-sihat je. Dua minggu sebelum Madihah dilahirkan, Abang lapor diri di KL. Terlalu tinggi kesyukuran Ayang atas nikmat Allah melalui rezeki yang diberi.
Hari ini, kita masih bergaduh tentang banyak perkara. Kita masih berbual macam bertengkar. Abang masih lagi pelawak tegar. Ayang masih selalu jadi bahan Abang. Abang masih rajin kemas rumah macam dulu. Ayang masih ada Abang sebagai pelindung Ayang. Abang masih seorang yang sabar dengan karenah Ayang. Ayang masih tak dapat menjangka respon Abang pada soalan-soalan Ayang.
Terlalu banyak yang Ayang belajar tentang hidup dari hubungan ini. Banyak yang Ayang kongsi, banyak lagi di dalam diri dan di dalam hati. Semoga Abang & Ayang kekal sehingga ke akhir hayat. Kalau ajal Ayang sampai dulu, Abang jagalah anak2 semampunya. Kalau tak mampu, berilah pada yang berhak.
.:Ayang:.
Touchinggggggnyaaaa T.T
ReplyDeleteHappy anniversary lovebirds
Cant imagine kalau kena duduk jauh since ada Zahin
Sebab dah rasa almost 2 years duduk asing2
Semoga Allah mudahkan semua urusan kita insyaAllahhh
Bila nak double date?
At Zahin's kenduri kesyukuran, insyaAllah.. Ama dah proceed invitation kat Mr Z. Dia approve.. hehe..
Deletehmmmm and yes, this unhappy mommy continue crying while reading this, after posting mine!
ReplyDeleteSemua perkahwinan ada darkstory masing-masing. Tapi kita both tetap sentiasa cuba jadikan that dark part as d brightest one to remind and change us to be better.
Izzit?
the dark part always the best part, Momy.
DeleteMacam pelik kenapa bila teringat mesti sedih, masa lalui ok-ok je.. hehe..
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete