Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 1 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah, syukur sekali kerana tahun ini, Ama dapat berpuasa sebagai seorang isteri. Dan bersyukur jugak sebab 1 Ramadhan adalah cuti umum untuk negeri Johor dan plan cik Abang, kitorang balik Jengka 24.. hehe..

Lewat petang Sabtu, Ama dan abang balik Jengka 24. Sempat juga diselangi rajuk akibat masa pulang yang dilengahkan oleh bebanan kerja yang tiba atas bahu di kala keputusan bercuti dibuat. Ama cuba jadi isteri yang sangat2 memahami tugasan suami. Tapi al-maklumlah syaitan masih bermaharajalela hari Sabtu hari tu, Ama pun dihasut untuk bermuka masam.. Huhu.. Sampai Yong Peng muncung, sejam lebih juga perjalanan. Pengakhiran nya macam biase ayat abang, "Kalau nak senyap dan buat muka macam tu sampai Pahang pun Abang tak kisah. Abang tahu Abang salah, Abang minta maaf." Beberapa minit kemudian Abang buat senaman muka sebab lenguh buat muka ketat dengan isteri.. Haha.. Sebab tu I terpikat pada U tau.. U kelakar sangat2.. =)

Bercuti kat rumah mak abah, sangat2 membahagiakan. Jauh dari negeri Johor tempat kami mencari rezeki menyebabkan kami seakan leka sekejap dengan rutin harian kami. Hari Ahad, Mak, Abah, Abang n Ama berhibernasi semahu-mahunya kat rumah. Sampai meyong kepala bila terlalu banyak tidur. Selepas Maghrib, kami bersama2 ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih. Seronok, Ama happy berpeluang bersama Mak Abah berterawih lagi walaupun sudah bergelar isteri. Terima kasih, Abang.. ;)

Pulang ke Johor selepas berbuka puasa 1 Ramadhan di rumah, menjadikan permulaan Ramadhan Ama lengkap. 1 kali sahur, 1 kali berbuka dan 1 kali terawih di rumah.. Alhamdulillah.. Angah pun berkesempatan berbuka bersama2.. Kecoh di meja makan seperti biasa. Terdetik di hati, kalau lah Akim dan Adik dapat bersama2, alangkah bagusnya..

Berganti2 memandu dengan Abang dari Jengka ke Benut selang sejam. Abang penat sangat agaknya. Acapkali terlelap ketika memandu. Ama agak cukup rehat pada sebelah petangnya. Jadi berpeluang juga menjadi pemandu simpanan. Hehe.. Pagi 2 Ramadhan, Ama dan Abang terlalu penat hingga tidak bersahur. Faktor tidak terjaga akibat tiba di rumah pada pukul 2.30 pagi. Mujur ketika dalam perjalanan, perut kami beralas cekodok pisang comel buatan Mak. Itulah sahur kami hari kedua Ramadhan. Kuruslah Abang... Hehe..

Pagi ini, sempat facebooking dengan Najmir, minta resepi biskut. Sedap biskut yang Najmir bagi sempena Hari Guru semasa Ama masih berkhidmat di Nirwana Kolej. Najmir, student Ama ex-Semsasian.. Biskut home-made yang Najmir buat, rasa macam kat bakery. Caya la Najmir.. Nanti I try buat biskut ikut resepi U bagi. Sebab Najmir cakap biskut tu bukan secret recipe, so I masukkan dalam Blog.. :) Kalau visitor try resepi ni, sila beri komen ye..

Resepi Biskut Home-made Famous Amos Najmir

  • 1/2 cup white sugar
  • 1 cup brown sugar
  • 1 cup butter
  • minyak sawit
  • 1 egg
  • 1 tablespoon milk
  • 1 teaspoon salt,cream of tartar,vanilla extract
  • 1 cup chopped walnuts
  • 2 cups semisweet chocolate chips

    • 1-prepare-kan 2 bowl besar
    • bowl A n bowl B
    • bowl A masukkan 1 cawan brown sugar,1/2 cawan gula putih biasa,1 cawan butter,secubit garam,secubit cream of tartar,secubit vanilla extract *secubit is 1 teaspoon,tp kalau garam n cream of tartar tu,sikit je cukup
    • kalau ada microwave,letak for 1 minute,biar cair
    • then sebatikan
    • bowl A dah settle
    • then go to bowl B
    • eh,silap,after take out from oven,masukkan telur sebiji n sesudu susu segar
    • jgn letak before,nnt jd lain.haha
    • then for bowl B pulak
    • 4 cawan tepung biasa
    • then masukkan isi dari bowl A ke dlm bowl B
    • then uli guna tangan hingga sebati
    • then dlm proses tu,akan jd makin susah n makin susah
    • so,tuang sikit demi sikit minya masak sawit
      jgn sampai terlebih,nnt garing
      • kalau kurang sgt pulak(sbb kedekut or takut terlebih) nnt tak akan jadi leper,jadi mcm bola je
      • then bila dh siap,letak pulak 2 cawan chocolate chip n 1 cawan kacang(depecahkan kasar,jgn halus),kacau lg tp lembut sikit sbb taknak diorg hancur sgt
      • tips - kalau kacang byk sgt n terlalu halus,nnt rasa mcm biskut kacang la..haha
      • tips - kalau miss nk buat dark chocolate,letak sekali melted cooking/baking chocolate selepas letak minyak,n before letak chocolate chips
      • set oven kt 160'C
  • bake for 17 minit 47 saat

    p/s Resepi Najmir agak mengarut dari segi method, tapi xpe sebab Ama dah rase dan memang sedap, so Ama nak cuba juga. Hehe.. Ama nak buat biskut ini as biskut Pra-Syawal. =)

No comments:

Post a Comment