JOB : Kerja
CAREER : Kerjaya
Tak jauh beza dua perkataan ni dalam bahasa melayu.. ;) Kenapa ada sesetengah orang sanggup bekerja 7 hari seminggu, bawa pulang office material ke rumah, stay di office dari 8 pagi (seperti orang normal yang lain) hingga 12 tengah malam (orang normal sudah diulit mimpi episod ke-2).. hehe..
Ama sekarang berada di office menyiapkan persiapan mengajar untuk minggu depan. Harap boleh siapkan untuk seminggu. Translate dari English ke Bahasa Melayu bukan perkara mudah, bagi Ama. Pernah sekali berada dalam keadaan ini, semasa menyiapkan tesis sarjana yang hanya bermuka surat 90 (kalau Ama tak silap).. Berbulan-bulan cuba menulis dengan baik dan hasilnya ketika viva, kritikan membina Dr Muhammad Hafizudin Jumali, "Amalina, saya boleh baca tesis kamu, tapi saya rasa bosan." Entah-entah orang yang baca blog picisan Ama pun bosan read my writings. Ama akan manulis dan terus menulis sebab practice makes perfect. :) Menulis tesis of course paduan minda yang waras dan gerak hati mengalunkan kata supaya naskah saintifik kekal menjadi naskah saintifik, bukan sebuah novel.
Kerjaya Ama sebagai seorang Pensyarah Fizik bukan sekadar memaksa Ama menggilap pengetahuan dalam bidang Fizik tetapi juga penggunaan bahasa yang baik dan tepat. menjadi pengajar dalam bidang Sains, penggunaan bahasa yang tepat amat penting untuk memastikan pemahaman pelajar dan juga bagi mengelakkan "ajaran sesat". Hehe.. Sampai hari ini, Ama masih menjadikan kamus online istilah UKM sebagai rujukan. Kenapa Ama terlalu bersungguh melakukan semua ini, kan boleh copy paste text untuk direct translation? Jawapannya mudah, jawatan pensyarah amanah YPJ kepada Ama bukan kerja, tapi kerjaya.. Ama sayangkan kerjaya ini, Ama sentiasa berdoa rezeki Ama dalam bidang ini sentiasa ada. Ama masih ingat kenapa Ama begitu sebak meninggalkan kolej yang sebelum ini. Bukan sebab gaji yang tinggi, bukan sebab pihak pengurusan yang terlalu tinggi humanity, bukan sebab mendapat pelajar yang bagus, bukan sebab persekitaran yang sempurna untuk menjana idea dan minat, tapi Ama masih menganggap jawatan yang diberi adalah kerjaya pertama Ama. Mungkin orang lain anggap Ama cuma seorang pensyarah, dipelawa menyertai kolej kerana tidak kisah akan bayaran bulanan dan tidak mempunyai pengalaman mengajar.. setelah mngusung tanggungjawab, terlalu kisah akan pandangan pelajar, sering mengutarakan kritikan yang pedas ke atas sesuatu, tidak dapat menerima perkara yang tidak masuk akal, satu2nya pensyarah di staff room yang akan membebel apabila diminta melakukan suatu kerja di luar job scope nye.. Teruk betul perangai Ama. Kalau difiikirkan semula, di mana pergi kesabaran Ama. kenapa tiada ihsan di hati Ama, tiada sekelumit ikhlas apabila diminta meng"hapdet" (seperti kata Asri) fail rekod pelajar untuk lawatan pihak luar. Mungkin sebab, Ama tidak mempunyai kepentingan atau mungkin sudah acapkali Ama dimanipulasi secari terang, mahupun halus. Huh, seperti kata Abang, sudahlah tu.. Anggap je tu semua pengalaman.. Dalam ucapan akhir Ama apabila disua sejambak ros dan kek yang dikongsi bersama Asha dan Vasant, thank you to all for the "wonderful" experience.. Diorang perasan tak ada " " dalam speech Ama.. Haha..
Kini, dengan job yang sama Ama teruskan kerjaya Ama. Di tempat baru, di negeri kelahiran Ama, dekat dengan suami (tapi tak la dekat sangat) :) Persekitaran yang sempurna untuk seorang pensyarah mengembangkan bakat, mengasah minda, menggembleng tenaga dengan misi yang sama mendidik anak-anak Malaysia. Rutin hari Khamis Ama di Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Bukit Senyum JB adalah tiada kelas sepanjang hari. :)) Hari Rabu agak pack, 4 jam kelas.. Hari2 lain kurang membebankan. Mungkin sudah biasa dengan jadual padat di kolej sebelum ini, teaching hours 10 jam adalah sangat menenangkan.. Hehe.. Pesan Abang, kekalkan prestasi dan effort semasa di kolej.. InsyaAllah, tiada masalah berkhidmat di ITP YPJ..
Hari ini, Ama sudah jumpa kerjaya terbaik untuk Ama..untuk jadi seorang Pendidik.. :)
Abang, jangan asyik kerja je ye.. Rehat juga. Kita tahu Abang enjoy kerjaya Abang sekarang dan kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Abang. Kita juga tahu, Abang berat hati nak kerja dengan kerajaan yang pada Abang tak sesuai dengan jiwa. Kita cuma risau Abang tak sihat, Abang stress. Hujung minggu, Abang x payah kerja ye.. Cukuplah 6 hari seminggu. :))
Dari isteri Abang yang masih berusaha memahami kerjaya suaminya.. ;)