Lately ni, ujan memang macam de daily schedule. Kat JB, boleh dikatakan hari2 ujan.. Macam hari ni, Ama yang sentiasa istiqamah balik sharp pukul 5, tetiba terperangkap dengan analisis gred student, melangkau pukul 5.15 kt ofis.. bahananya, mase tu ujan sangat2 la lebat.. nyesal tak balik macam biasa.. huhu.. bukan ape, kat sini macam kat KL jugak.. bile ujan, sume orang drive macam siput.. nak laju pun takleh juge, bak kate shima "Jalanraya kat Malaysia ni bukan berkualiti sangat.." hehe..
Sejak seminggu pindah kat JP perdana, Ama perasan emosi Ama lain macam je.. orang kate, bila da tak PJJ, suppose semuanya akan jadi ok.. hmm.. may be kebetulan kitorang dapat luputkan status PJJ masa sama2 sibuk, sama2 tengah tension kerja.. Hmm.. Next week Ama kena pergi KL for 2 days.. Bengkel P&P UTM.. Tinggal Mr Z sorang2 kat umah.. Jarang dengar wife rajin outstation kan.. hehe.. Harap2 cik abang boleh jaga diri, jaga makan minum.. Yang Ama pasti, buah ati Ama sorang ni takkan masak pape.. So takyah risau, cik abang main gas.. Haha..
Tadi, mak telefon.. Mak tak sihat.. Demam da ok, tapi batuk2 lagi.. Yang geram, takmo gi klinik n makan ubat.. Ama teringat masa dolu2, mase belajar kat UKM, mase masih lagi duk kat KL.. Ligat je balik umah selalu.. kadang2 tanpa sebab pun, balik sesuka suki.. haha.. tambah2 status bujang.. tak dapat balik ngan izura, sorang pun jadi.. sekarang, banyak kekangannye.. Ama taknak sebut selalu depan cik abang.. nanti beliau rase bersalah la, tak keruan la, kalut je plan nak balik pahang.. huhu.. Ama tau mr Z susah nak cuti.. Kalau ikutkn ati, nak je balik pahang naek ketapi.. huhu..
Cik abang da berlagu dengkurnye.. Ama baru je siapkan dokumen nak bawak gi KL.. taknak wat depan mrZ, nanti dia stress sebab Ama outstation.. takde kawan gaduh hari2.. Hehe..
Buat mrZ,
saya tak kisah awak muncung hari ni.. tapi saya sangat kagum bile tengok awak alih almari baju kita yang besar tu sorang2 semata-mata sebab majuk ngan saya.. kan saya da kate, awak hero saya.. jangan tak caye.. time majuk je, awak jadi badang.. :D
Friday, 9 December 2011
Tuesday, 11 October 2011
Bila Si Dia Tiada di Sisi
Hmm..Hmm..
Entry ni Ama tulis lepas tersentak baca wall post Awien, my schoolmate, my classmate..2 tahun duduk sebelah Awien masa kat SEMSAS..
Minggu lepas, kami curi2 weekend yang tersangat "short" untuk pergi honeymoon.. dah hampir 7 bulan kahwin, baru sempat nak honeymoon.. hehe.. kami pilih tempat yang dekat dan biasa2 je, untuk highlight hubungan kami yang terlalu luar biasa dalam hidup Ama.. Tanjung Piai Resort, Penghujung Tanah Benua Asia... Kami ambil masa untuk refresh balik janji setia yang selama ini setiap upgrade masa bercinta..
Sambil makan set makan malam yang sangat heavy (ikan siakap saiz medium, kailan, sotong celup tepung, tomyam ayam, nasi putih, fresh oren, carrot juice, air suam and sky juice):
Menyorot kembali kisah Awien.. Cinta Awien tidak sampai ke jinjang pelamin.. Mungkin jodoh Awien dah tertulis dengan insan lain.. Untuk Awien, Ama harap awien sentiasa tabah, dekatkan diri kepadaNya, sentiasa doakan kesejahteraan arwah Azam. Sedekahkan ayatul Quran untuk bekalan beliau di alam fana..
Ajal, maut, jodoh, di tangan Allah.. Dan Ama, sangat bersyukur dengan jodoh ketentuanNya untuk Ama, yang sentiasa menenangkan jiwa, yang sentiasa mengubat duka, yang sentiasa sehaluan bicara.. tapi kerap juga kerlingan mata petanda tak suka, muncung bibir tanda tidak sehala.. tapi janji Ama pada si dia.. cinta Ama ke hujung nyawa.. Kalau diberi pilihan, Ama harap mendahului dalam jemputan dariNya yang Esa..
Entry ni Ama tulis lepas tersentak baca wall post Awien, my schoolmate, my classmate..2 tahun duduk sebelah Awien masa kat SEMSAS..
Serius, hati Ama tersentak.. Pertama, sebab Ama tak tahu tentang berita ini.. Kedua, Ama terus terfikir kalau lah Ama di tempat Awien. Ama terus capai handphone..Erin Khalil: mama miss u papa Azam Buhari..mama tgk hp, dh xbunyi lagu lauryn hill, papa dh xde nk sms n call mama dh...tibe2 bunyi..oo mak call mama lg...sedih plak dgr suare mak, mak kate mak dh anggp mama mcm ank mak. dr awal jumpe mak, mama dh pggl mak, rase mcm mak papa, mak mama juge...teringt mase draft kad kawen papa tulis nama mak aka enon..papa kate mak mesti suke..mama cube nak kuatkan hati xnk sedih2..tp susah sgt2...ssh nk suh hati jd rasional,walaupun luaran nmpk tough tp rasa dihati tuhan saja yg lebih mengetahui...al-fatihah untuk papa disana, moga tenang dan dicucuri rahmatNya selalu, kami disini insyaAllah sentiasa doakan papa...berehatlah..papa pun dh lame letihkan walaupun papa xpernah merungut..insyaAllah mama akan jd wanita yg tabah dlm mengharungi dugaan ini...Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)..amin..
Ama: Syg, ayg bukak fb.. Tunang awien meninggal exident.. Huhu..
Zaidi: Yeke? xtaula kan awien, camne prsn die.mest hncr gle abg rs, sdh gle..blh jd gle r klu abg.Kalau Abang gila, Ama xtau la.. Ama tak boleh nak bayangkan hidup tanpa orang tersayang. Lepas kahwin, suami segala-galanya bagi Ama. memenuhi tuntutan syarak... Mak abah jadi no 2..
Minggu lepas, kami curi2 weekend yang tersangat "short" untuk pergi honeymoon.. dah hampir 7 bulan kahwin, baru sempat nak honeymoon.. hehe.. kami pilih tempat yang dekat dan biasa2 je, untuk highlight hubungan kami yang terlalu luar biasa dalam hidup Ama.. Tanjung Piai Resort, Penghujung Tanah Benua Asia... Kami ambil masa untuk refresh balik janji setia yang selama ini setiap upgrade masa bercinta..
Sambil makan set makan malam yang sangat heavy (ikan siakap saiz medium, kailan, sotong celup tepung, tomyam ayam, nasi putih, fresh oren, carrot juice, air suam and sky juice):
Zaidi: Rasa-rasanya sampai bila2 ke kita macam ni?
Ama: Mesti la sayang. ayang kan sayang abang sampai bila2..Maybe selepas dengar statement yang menyentuh hati, Abang offer diri untuk bayar, walaupun Ayang dah janji nak bayar.. Hehe..
Menyorot kembali kisah Awien.. Cinta Awien tidak sampai ke jinjang pelamin.. Mungkin jodoh Awien dah tertulis dengan insan lain.. Untuk Awien, Ama harap awien sentiasa tabah, dekatkan diri kepadaNya, sentiasa doakan kesejahteraan arwah Azam. Sedekahkan ayatul Quran untuk bekalan beliau di alam fana..
Ajal, maut, jodoh, di tangan Allah.. Dan Ama, sangat bersyukur dengan jodoh ketentuanNya untuk Ama, yang sentiasa menenangkan jiwa, yang sentiasa mengubat duka, yang sentiasa sehaluan bicara.. tapi kerap juga kerlingan mata petanda tak suka, muncung bibir tanda tidak sehala.. tapi janji Ama pada si dia.. cinta Ama ke hujung nyawa.. Kalau diberi pilihan, Ama harap mendahului dalam jemputan dariNya yang Esa..
Wednesday, 3 August 2011
Job & Career
JOB : Kerja
CAREER : Kerjaya
Tak jauh beza dua perkataan ni dalam bahasa melayu.. ;) Kenapa ada sesetengah orang sanggup bekerja 7 hari seminggu, bawa pulang office material ke rumah, stay di office dari 8 pagi (seperti orang normal yang lain) hingga 12 tengah malam (orang normal sudah diulit mimpi episod ke-2).. hehe..
Ama sekarang berada di office menyiapkan persiapan mengajar untuk minggu depan. Harap boleh siapkan untuk seminggu. Translate dari English ke Bahasa Melayu bukan perkara mudah, bagi Ama. Pernah sekali berada dalam keadaan ini, semasa menyiapkan tesis sarjana yang hanya bermuka surat 90 (kalau Ama tak silap).. Berbulan-bulan cuba menulis dengan baik dan hasilnya ketika viva, kritikan membina Dr Muhammad Hafizudin Jumali, "Amalina, saya boleh baca tesis kamu, tapi saya rasa bosan." Entah-entah orang yang baca blog picisan Ama pun bosan read my writings. Ama akan manulis dan terus menulis sebab practice makes perfect. :) Menulis tesis of course paduan minda yang waras dan gerak hati mengalunkan kata supaya naskah saintifik kekal menjadi naskah saintifik, bukan sebuah novel.
Kerjaya Ama sebagai seorang Pensyarah Fizik bukan sekadar memaksa Ama menggilap pengetahuan dalam bidang Fizik tetapi juga penggunaan bahasa yang baik dan tepat. menjadi pengajar dalam bidang Sains, penggunaan bahasa yang tepat amat penting untuk memastikan pemahaman pelajar dan juga bagi mengelakkan "ajaran sesat". Hehe.. Sampai hari ini, Ama masih menjadikan kamus online istilah UKM sebagai rujukan. Kenapa Ama terlalu bersungguh melakukan semua ini, kan boleh copy paste text untuk direct translation? Jawapannya mudah, jawatan pensyarah amanah YPJ kepada Ama bukan kerja, tapi kerjaya.. Ama sayangkan kerjaya ini, Ama sentiasa berdoa rezeki Ama dalam bidang ini sentiasa ada. Ama masih ingat kenapa Ama begitu sebak meninggalkan kolej yang sebelum ini. Bukan sebab gaji yang tinggi, bukan sebab pihak pengurusan yang terlalu tinggi humanity, bukan sebab mendapat pelajar yang bagus, bukan sebab persekitaran yang sempurna untuk menjana idea dan minat, tapi Ama masih menganggap jawatan yang diberi adalah kerjaya pertama Ama. Mungkin orang lain anggap Ama cuma seorang pensyarah, dipelawa menyertai kolej kerana tidak kisah akan bayaran bulanan dan tidak mempunyai pengalaman mengajar.. setelah mngusung tanggungjawab, terlalu kisah akan pandangan pelajar, sering mengutarakan kritikan yang pedas ke atas sesuatu, tidak dapat menerima perkara yang tidak masuk akal, satu2nya pensyarah di staff room yang akan membebel apabila diminta melakukan suatu kerja di luar job scope nye.. Teruk betul perangai Ama. Kalau difiikirkan semula, di mana pergi kesabaran Ama. kenapa tiada ihsan di hati Ama, tiada sekelumit ikhlas apabila diminta meng"hapdet" (seperti kata Asri) fail rekod pelajar untuk lawatan pihak luar. Mungkin sebab, Ama tidak mempunyai kepentingan atau mungkin sudah acapkali Ama dimanipulasi secari terang, mahupun halus. Huh, seperti kata Abang, sudahlah tu.. Anggap je tu semua pengalaman.. Dalam ucapan akhir Ama apabila disua sejambak ros dan kek yang dikongsi bersama Asha dan Vasant, thank you to all for the "wonderful" experience.. Diorang perasan tak ada " " dalam speech Ama.. Haha..
Kini, dengan job yang sama Ama teruskan kerjaya Ama. Di tempat baru, di negeri kelahiran Ama, dekat dengan suami (tapi tak la dekat sangat) :) Persekitaran yang sempurna untuk seorang pensyarah mengembangkan bakat, mengasah minda, menggembleng tenaga dengan misi yang sama mendidik anak-anak Malaysia. Rutin hari Khamis Ama di Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Bukit Senyum JB adalah tiada kelas sepanjang hari. :)) Hari Rabu agak pack, 4 jam kelas.. Hari2 lain kurang membebankan. Mungkin sudah biasa dengan jadual padat di kolej sebelum ini, teaching hours 10 jam adalah sangat menenangkan.. Hehe.. Pesan Abang, kekalkan prestasi dan effort semasa di kolej.. InsyaAllah, tiada masalah berkhidmat di ITP YPJ..
Hari ini, Ama sudah jumpa kerjaya terbaik untuk Ama..untuk jadi seorang Pendidik.. :)
Abang, jangan asyik kerja je ye.. Rehat juga. Kita tahu Abang enjoy kerjaya Abang sekarang dan kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Abang. Kita juga tahu, Abang berat hati nak kerja dengan kerajaan yang pada Abang tak sesuai dengan jiwa. Kita cuma risau Abang tak sihat, Abang stress. Hujung minggu, Abang x payah kerja ye.. Cukuplah 6 hari seminggu. :))
Dari isteri Abang yang masih berusaha memahami kerjaya suaminya.. ;)
Monday, 1 August 2011
Nirwana Group Of Colleges
Blog Ama kurang photo. Ama baca pun agak2 boring juga. Hehe.. Rajin terlebih hari ini, Ama upload beberapa gambar semasa bertugas di Nirwana College, KL.
Molly (Chemistry Lecturer) and Ama =) |
Bersama budak nakal March 2011 intake |
Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah, syukur sekali kerana tahun ini, Ama dapat berpuasa sebagai seorang isteri. Dan bersyukur jugak sebab 1 Ramadhan adalah cuti umum untuk negeri Johor dan plan cik Abang, kitorang balik Jengka 24.. hehe..
Lewat petang Sabtu, Ama dan abang balik Jengka 24. Sempat juga diselangi rajuk akibat masa pulang yang dilengahkan oleh bebanan kerja yang tiba atas bahu di kala keputusan bercuti dibuat. Ama cuba jadi isteri yang sangat2 memahami tugasan suami. Tapi al-maklumlah syaitan masih bermaharajalela hari Sabtu hari tu, Ama pun dihasut untuk bermuka masam.. Huhu.. Sampai Yong Peng muncung, sejam lebih juga perjalanan. Pengakhiran nya macam biase ayat abang, "Kalau nak senyap dan buat muka macam tu sampai Pahang pun Abang tak kisah. Abang tahu Abang salah, Abang minta maaf." Beberapa minit kemudian Abang buat senaman muka sebab lenguh buat muka ketat dengan isteri.. Haha.. Sebab tu I terpikat pada U tau.. U kelakar sangat2.. =)
Bercuti kat rumah mak abah, sangat2 membahagiakan. Jauh dari negeri Johor tempat kami mencari rezeki menyebabkan kami seakan leka sekejap dengan rutin harian kami. Hari Ahad, Mak, Abah, Abang n Ama berhibernasi semahu-mahunya kat rumah. Sampai meyong kepala bila terlalu banyak tidur. Selepas Maghrib, kami bersama2 ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih. Seronok, Ama happy berpeluang bersama Mak Abah berterawih lagi walaupun sudah bergelar isteri. Terima kasih, Abang.. ;)
Pulang ke Johor selepas berbuka puasa 1 Ramadhan di rumah, menjadikan permulaan Ramadhan Ama lengkap. 1 kali sahur, 1 kali berbuka dan 1 kali terawih di rumah.. Alhamdulillah.. Angah pun berkesempatan berbuka bersama2.. Kecoh di meja makan seperti biasa. Terdetik di hati, kalau lah Akim dan Adik dapat bersama2, alangkah bagusnya..
Berganti2 memandu dengan Abang dari Jengka ke Benut selang sejam. Abang penat sangat agaknya. Acapkali terlelap ketika memandu. Ama agak cukup rehat pada sebelah petangnya. Jadi berpeluang juga menjadi pemandu simpanan. Hehe.. Pagi 2 Ramadhan, Ama dan Abang terlalu penat hingga tidak bersahur. Faktor tidak terjaga akibat tiba di rumah pada pukul 2.30 pagi. Mujur ketika dalam perjalanan, perut kami beralas cekodok pisang comel buatan Mak. Itulah sahur kami hari kedua Ramadhan. Kuruslah Abang... Hehe..
Pagi ini, sempat facebooking dengan Najmir, minta resepi biskut. Sedap biskut yang Najmir bagi sempena Hari Guru semasa Ama masih berkhidmat di Nirwana Kolej. Najmir, student Ama ex-Semsasian.. Biskut home-made yang Najmir buat, rasa macam kat bakery. Caya la Najmir.. Nanti I try buat biskut ikut resepi U bagi. Sebab Najmir cakap biskut tu bukan secret recipe, so I masukkan dalam Blog.. :) Kalau visitor try resepi ni, sila beri komen ye..
Resepi Biskut Home-made Famous Amos Najmir

- 1/2 cup white sugar
- 1 cup brown sugar
- 1 cup butter
- minyak sawit
- 1 egg
- 1 tablespoon milk
- 1 teaspoon salt,cream of tartar,vanilla extract
- 1 cup chopped walnuts
- 2 cups semisweet chocolate chips
- 1-prepare-kan 2 bowl besar
- bowl A n bowl B
- bowl A masukkan 1 cawan brown sugar,1/2 cawan gula putih biasa,1 cawan butter,secubit garam,secubit cream of tartar,secubit vanilla extract *secubit is 1 teaspoon,tp kalau garam n cream of tartar tu,sikit je cukup
- kalau ada microwave,letak for 1 minute,biar cair
- then sebatikan
- bowl A dah settle
- then go to bowl B
- eh,silap,after take out from oven,masukkan telur sebiji n sesudu susu segar
- jgn letak before,nnt jd lain.haha
- then for bowl B pulak
- 4 cawan tepung biasa
- then masukkan isi dari bowl A ke dlm bowl B
- then uli guna tangan hingga sebati
- then dlm proses tu,akan jd makin susah n makin susah
- so,tuang sikit demi sikit minya masak sawitjgn sampai terlebih,nnt garing
- kalau kurang sgt pulak(sbb kedekut or takut terlebih) nnt tak akan jadi leper,jadi mcm bola je
- then bila dh siap,letak pulak 2 cawan chocolate chip n 1 cawan kacang(depecahkan kasar,jgn halus),kacau lg tp lembut sikit sbb taknak diorg hancur sgt
- tips - kalau kacang byk sgt n terlalu halus,nnt rasa mcm biskut kacang la..haha
- tips - kalau miss nk buat dark chocolate,letak sekali melted cooking/baking chocolate selepas letak minyak,n before letak chocolate chips
- set oven kt 160'C
- bake for 17 minit 47 saat
p/s Resepi Najmir agak mengarut dari segi method, tapi xpe sebab Ama dah rase dan memang sedap, so Ama nak cuba juga. Hehe.. Ama nak buat biskut ini as biskut Pra-Syawal. =)
Tuesday, 26 July 2011
Monday, 25 July 2011
From KL to JB
Atas permintaan mother-to-be (tahniah Asri dan Izhar), Ama create satu blog baru. Boleh jadi, blog tanpa matlamat khusus ini akan beri manfaat bukan sahaja untuk Asri (he3), untuk diri Ama sendiri, my beloved husband and family, my friends and may be jadi interactive blog untuk my students...InsyaAllah..
Title : From KL to JB
Setelah hampir 11 bulan Ama berkhidmat dengan Nirwana Group of Colleges KL, 30 Jun 2011 kira-kira jam 8.00 malam, Ama meninggalkan tempat pertama perkhidmatan dengan gelaran pensyarah. tak dapat thumbprint buat kali terakhir sebab 10th floor office dah berkunci. tak pe la.. tak penting pun. apa yang terlintas masa tu, kalau diorang potong gaji sebab tak thumbprint, i will fight for it. bawa Amanda, Harcharan n Fatima jadi witness kepulanganku yang terlalu lewat sebagai ihsan terakhir kepada company. :) kalau ditanya adakah Ama gembira dengan keputusan ni? Jawapan, Ya..absolutely yes.. Tak Ama nafikan, berat hati ni tinggalkan kerjaya pertama yang Ama cintai, yang Ama anggap tempat belajar terbaik di muka bumi, dengan berguguran air mata sepanjang perjalanan tren komuter dari stesen Kuala Lumpur ke UKM, Ama tekadkan hati. Masa tu dah tak fikir malu, dah tak fikir apa orang kata. Ama menangis bila meninggalkan Nirwana, dan tak putus berdoa ada yang lebih baik dari Allah s.w.t.
Hari Sabtu 2 Julai 2011, Ama bertolak ke Benut. Langkah pertama untuk lapor diri jawatan yang baru. Tak terbayang job scope di Benut, tapi yang jelas position yang ditawarkan adalah HOUSEWIFE (FULL-TIME). Minggu pertama di Benut, diselangi beberapa hari berada di Batu Pahat melawat acik, mak tam dan atuk. Acapkali ditanya, dah mohon kerja ke. gusar di hati memikirkan peluang kerja dan bagaimana hari-hari mendatang akan kami tempuh. Dari hari ke hari dengan rutin tipikal seorang surirumahtangga yang sangat busy, Zaidi seakan selesa Ama berada di rumah. Ama terfikir jika dalam waktu terdekat Ama dapat kerja, yang memungkinkan kami jadi weekend husband-wife, bolehkah Zaidi terima. Tinggal berdua memberi ruang dan luang kami merasa susah senang. Ama tak nafikan, banyak perkara yang kadang2 kami terlepas pandang sebelum ini. Tentang erti tanggungjawab, perhatian, kasih sayang kerana faktor masa dan jarak yang memisahkan kami. jadi teman Zaidi ke site ambil budak indon, jumpe orang TNB hantar kunci, jadi delivery boy hantar screw ke site tertakluk dalam job scope, apa2 sahaja yang diarahkan dari semasa ke semasa. :) Ama enjoy, Ama happy, Ama bahagia. Betul seperti yang mak cakap, tak kisah Along kerja apa pun asalkan dekat dengan Zaidi.
Siapa sangka, siapa menduga. Dalam Ama pasrah dengan ketentuan rezeki dari Allah, panggilan dari YPJ bukan sahaja untuk jemputan temuduga, tetapi juga menjanjikan kerjaya sebagai pensyarah. Alhamdulillah, biarpun bermula dari bawah, namun Ama redha. Apa lagi yang Ama perlu, peluang tidak datang selalu. Namun, Ama perlu sacrifice untuk jadi weekend wife buat sementara waktu. Dengan linangan air mata kerana tidak sanggup berpisah dengan suami yang dijaga saban hari, Ama lapor diri di ITP YPJ Bukit Senyum pada 25 Julai 2011. Tiap masa Ama pujuk hati, Benut-JB hanya 1 1/2 hour driving. Ama boleh balik Benut bila-bila masa.. :)
Hari ni, hari kedua di ITP. Ama mula mengajar hari Jumaat. Agak rehat beberapa hari ni. Pengalaman mengajar masih segar, Ama tiada masalah berdepan dengan kelompok pelajar yang jauh lebih kecil. Moga2 projek Zaidi di Benut cepat siap dan kami akan tinggal bersama selepas itu.
With Love,
Ama
@Meja Office tepi tingkap Blok Senibina

Subscribe to:
Posts (Atom)