Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 15 January 2014

Mama (Part 2)

Dah lebih enam bulan since last entry..
Masa ama tulis Mama (part 1) rase nak share detail experience masa berpantang..
Tapi lepas Marissa da reach 7 months, Ama rase pengalaman tu pahit secubit, manis segantang.. haha.. ade ke pepatah tu.. so tak perlu la dikenang-kenang yang pahit.. takut pula memakan diri.. hehe.
Ama sangat happy bergelar "mama".. serius.. no word tu explain the experience..

Lapor diri Pegawai Sains (C41) @ UKM?

Bismillahirrahmanirrahim..

First time update blog guna handphone.. fuh..fuh.. harap berjaya post.

Memandangkan hari ni macam tak berapa nak ade keje, so baik update blog supaya tak tertinggal memori first week sebagai gomen servant..

Best? Tak best?

Syok? Tak syok?

Blended emotion.. serius..

Isnin (13/01/2014) - first day

Bergerak dari wangsa maju @ 7.10 pagi. Seperti yang dijangka, kesesakan lalu lintas dan cik zara marissa tak mahu duduk dalam car seat (penyakit dari JB lagi..). Sesi meletak echa atas riba berselang-seli dengan duduk atas bantal.. huh.

Sampai taska around 7.50 pagi. Then terus ke Bangi. Sampai Bangi dalam pukul 8.30 pagi. Oleh sebab ic mak abah tiada dalam simpanan, terpaksa minta ihsan kak natrah ppfg yang takla rapat sangat (huhu..) untuk tumpang mesin fax.. abah fax dari Jengka 24. Walaupun sangat poor quality, selamba je bagi kat pendaftar. En nizam tu pulak macam tak banyak songeh, so Ama pun diam je. Semua da settle kat Bangi. Next lapor diri kat Fakulti Sains Kesihatan, KL.

Sebelum gerak back to KL, lunch dengan Shima dan Kak Sad. Hmm.. no so warm as last pertemuan kami. Ama tak tahu mana silapnya.
 Cerita family tak berapa syok..
Ama dah kahwin, shima belum..
cerita kerja pun sama..
Ama dapat tetap, shima masih kontrak..
Tapi shima da lama servis dengan UKM.. dah dapat kumpul harta, dah dapat pergi umrah dengan pendapatan berkhidmat di UKM.. jika kita bersyukur, tentu lebih manis nikmat Allah beri. Dari dulu Ama selalu banding diri Ama dengan orang yang kurang daripada Ama. Niatnya cuma satu. Untuk bersyukur dengan apa yang Ama ada.

Sampai di fakulti kat sebelah HKL, Ama terus pergi pejabat dekan. Jumpa dengan kak Min, beritahu Ama nak jumpa dekan untuk lapor diri. Dekan pulak MC. So kak Min direct hantar Ama berjumpa dengan senior dalam perkhidmatan sains, Puan maimunah. Orangnya baik, sangat inspiring.. sedikit hint cara staf ukm bekerja, bercerita panjang tentang kpi, job spec.. Ama
dijangka akan bertukar tempat dengan kak ayus di ppsr..

Tipu kalau Ama cakap Ama tak takut terima job ni. Ada dua reason, first sebab Ama tak boleh bayangkan tugas seorang pegawai, kedua Ama sangat tak familiar dengan bidal medical sains macam audiologi, dietetik, fisioterapi dll.. Ama tak pernah belajar biologi.. never.. huhu.

14/01/2014 - cuti maulud nabi..

15/01/2014 - ktsn, jalan temerloh

Direct bos Ama will be Dr Sila. Jadi puan maimunah minta Ama jumpa Dr Sila dulu untuktahu job Ama yang sebenar-benarnya..

Part yang paling tak syok adalah pandangan tak best staf dan lecturer kat bys ni bila dengar ura-ura Ama akan gantikan kak ayus pegawai sains yang dah lama sangat2 kat sini dan buat kerja-kerja admin. Mereka senang sangat kerja dengan dengan kak ayus dan secara tak sengaja dah mengecilkan hati nurani Ama.. huhu

Ama cuma berharap Ama diterima baik.. huhu..