Blogger Backgrounds

Advertisement

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 July 2011

Monday, 25 July 2011

From KL to JB

Atas permintaan mother-to-be (tahniah Asri dan Izhar), Ama create satu blog baru. Boleh jadi, blog tanpa matlamat khusus ini akan beri manfaat bukan sahaja untuk Asri (he3), untuk diri Ama sendiri, my beloved husband and family, my friends and may be jadi interactive blog untuk my students...InsyaAllah..


Title : From KL to JB
Setelah hampir 11 bulan Ama berkhidmat dengan Nirwana Group of Colleges KL, 30 Jun 2011 kira-kira jam 8.00 malam, Ama meninggalkan tempat pertama perkhidmatan dengan gelaran pensyarah. tak dapat thumbprint buat kali terakhir sebab 10th floor office dah berkunci. tak pe la.. tak penting pun. apa yang terlintas masa tu, kalau diorang potong gaji sebab tak thumbprint, i will fight for it. bawa Amanda, Harcharan n Fatima jadi witness kepulanganku yang terlalu lewat sebagai ihsan terakhir kepada company. :) kalau ditanya adakah Ama gembira dengan keputusan ni? Jawapan, Ya..absolutely yes.. Tak Ama nafikan, berat hati ni tinggalkan kerjaya pertama yang Ama cintai, yang Ama anggap tempat belajar terbaik di muka bumi, dengan berguguran air mata sepanjang perjalanan tren komuter dari stesen Kuala Lumpur ke UKM, Ama tekadkan hati. Masa tu dah tak fikir malu, dah tak fikir apa orang kata. Ama menangis bila meninggalkan Nirwana, dan tak putus berdoa ada yang lebih baik dari Allah s.w.t. 


Hari Sabtu 2 Julai 2011, Ama bertolak ke Benut. Langkah pertama untuk lapor diri jawatan yang baru. Tak terbayang job scope di Benut, tapi yang jelas position yang ditawarkan adalah HOUSEWIFE (FULL-TIME). Minggu pertama di Benut, diselangi beberapa hari berada di Batu Pahat melawat acik, mak tam dan atuk. Acapkali ditanya, dah mohon kerja ke.  gusar di hati memikirkan peluang kerja dan bagaimana hari-hari mendatang akan kami tempuh. Dari hari ke hari dengan rutin tipikal seorang surirumahtangga yang sangat busy, Zaidi seakan selesa Ama berada di rumah. Ama terfikir jika dalam waktu terdekat Ama dapat kerja, yang memungkinkan kami jadi weekend husband-wife, bolehkah Zaidi terima. Tinggal berdua memberi ruang dan luang kami merasa susah senang. Ama tak nafikan, banyak perkara yang kadang2 kami terlepas pandang sebelum ini. Tentang erti tanggungjawab, perhatian, kasih sayang kerana faktor masa dan jarak yang memisahkan kami. jadi teman Zaidi ke site ambil budak indon, jumpe orang TNB hantar kunci, jadi delivery boy hantar screw ke site tertakluk dalam job scope, apa2 sahaja yang diarahkan dari semasa ke semasa. :) Ama enjoy, Ama happy, Ama bahagia. Betul seperti yang mak cakap, tak kisah Along kerja apa pun asalkan dekat dengan Zaidi. 


Siapa sangka, siapa menduga. Dalam Ama pasrah dengan ketentuan rezeki dari Allah,  panggilan dari YPJ bukan sahaja untuk jemputan temuduga, tetapi juga menjanjikan kerjaya sebagai pensyarah. Alhamdulillah, biarpun bermula dari bawah, namun Ama redha. Apa lagi yang Ama perlu, peluang tidak datang selalu. Namun, Ama perlu sacrifice untuk jadi weekend wife buat sementara waktu. Dengan linangan air mata kerana   tidak sanggup berpisah dengan suami yang dijaga saban hari, Ama lapor diri di ITP YPJ Bukit Senyum pada 25 Julai 2011. Tiap masa Ama pujuk hati, Benut-JB hanya 1 1/2 hour driving. Ama boleh balik Benut bila-bila masa.. :)


Hari ni, hari kedua di ITP. Ama mula mengajar hari Jumaat. Agak rehat beberapa hari ni. Pengalaman mengajar masih segar, Ama tiada masalah berdepan dengan kelompok pelajar yang jauh lebih kecil. Moga2 projek Zaidi di Benut cepat siap dan kami akan tinggal bersama selepas itu. 


With Love,
Ama
@Meja Office tepi tingkap Blok Senibina